Water Distruption!!
Posted by
ar on
June 10, 2008
There is going to be a water disruption!! If your effected, make sure you stock up!!
TRANSLATION:
Partial Closure of Sungai Selangor Phase 1 (SSP1) Water Treatment Plant

The SSP1 water treatment plant that is under Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) will be partially closed temporarily, starting from 3pm, 11 June (Wed) till 7am, 12 June (Thu) to facilitate the repair work/valve replacement at Treatment Pump House of the SSP1 treatment plant. Consumers in the affected areas will experience water disruption from 3am, 11 June (Wed) till 7am, 12 June (Thu).
Consumers at the following areas are advised to store sufficient water throughout the duration of the disruption.
GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL BERIKUTAN PENUTUPAN SEBAHAGIAN LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 1 (SSP1) PADA 11 JUN HINGGA 12 JUN 2008
KENYATAAN MEDIA
9 JUN 2008
GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL BERIKUTAN PENUTUPAN SEBAHAGIAN LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 1 (SSP1)
Kuala Lumpur – Gangguan bekalan air dijadualkan akan berlaku di beberapa kawasan di Petaling dan Kuala Lumpur yang disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan / penggantian injap pam di rumah pam air terawat Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 yang diuruskan oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).
Pada 11 Jun 2008 bermula jam 3.00 petang sehingga 7.00 pagi, 12 Jun 2008, kawasan-kawasan seperti di bawah akan mengalami gangguan bekalan air selama 16 jam. Pihak SYABAS menggangarkan lebih kurang 150,000 pengguna akan terlibat dengan gangguan tersebut. Sebahagian kawasan-kawasan yang terlibat di Petaling dan Kuala Lumpur adalah seperti berikut :
Kawasan Petaling
1. Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1
2. Kampung Cempaka, PJU 1
3. Dataran Prima, PJU 1
4. Taman Aman Sari, PJU 1
5. Taman Bukit Emas, PJU 1
6. Taman Megah Mas, PJU 1
7. Taman Sunway Mas
8. Eastin Hotel
9. Phileo Damansara
10. Universiti Malaya
11. Jalan 14/47
12. Jalan 14/47A
13. Jalan 14/47B
14. Jalan 14/48
15. Jalan 14/49
16. Jalan 14/50
17. Jalan 14/52
18. Jalan 14/54
19. Jalan 14/56
20. Jalan 14/58
21. Jalan 14/60
22. Seksyen 17
23. Seksyen 17A
24. Seksyen 19
25. Seksyen 20
26. Seksyen 21
27. Seksyen 22
28. SS1, Kampung Tunku
29. SS2, Seapark
30. SS3, Kelana Jaya
31. SS4A, 4B, 4C dan 4D Kelana Jaya
32. SS5A, 5B, 5C dan 5D Kelana Jaya
33. SS6, Kelana Jaya
34. SS23, Taman Sea
35. SS24, Taman Megah
36. SS25, Taman Mayang
37. SS26, Taman Mayang Emas
38. SS12, Subang Jaya
39. SS13, Subang Jaya
40. SS14, Subang Jaya
41. SS15, Subang Jaya
42. SS16, Subang Jaya
43. SS17, Subang Jaya
44. SS18, Subang Jaya
45. SS19, Subang Jaya
46. Subang Airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC)
Kawasan Kuala Lumpur
1. Setia Murni
2. Setia Jaya
3. Setia Rasa
4. Setia Bakti
5. Setia Kasih
6. Setia Puspa
7. Jalan Beringin
Untuk makluman, permohonan bagi penutupan sebahagian Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 ini telahpun diluluskan dan dimaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta pihak Kerajaan Negeri Selangor.
Pihak SYABAS juga turut bersiap-sedia mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) sekiranya berlaku sebarang kemungkinan sepanjang tempoh penutupan sebahagian loji ini. Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak SYABAS telah menyediakan sebanyak 25 buah lori tangki dalam keadaan bersiap sedia bagi membekalkan air di kawasan yang terlibat apabila diperlukan.
Bagi meminimakan gangguan bekalan air, SYABAS akan menyalurkan bekalan air daripada Loji Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dengan mengambil alih sebahagian bekalan air daripada Loji SSP1 ke Loji Dusun Kubung. Selain itu, Loji SSP3 juga akan turut membekalkan air ke kawasan yang dibekalkan oleh Loji SSP1 ke Wilayah Petaling yang terlibat.
Berikutan gangguan bekalan air ini, pihak SYABAS turut mengiklankan notis gangguan berjadual ini di akhbar-akhbar utama untuk hebahan kepada para pengguna. SYABAS juga mengharapkan agar semua media agar turut membantu menghebahkan makluman mengenai gangguan ini demi kepentingan semua pihak.
Segala kesulitan amatlah dikesali. Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.
Sebarang pertanyaan atau aduan sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 atau lawati laman web SYABAS di www.syabas.com.my.
Sekian, harap maklum.
EN. ABDUL HALEM HJ MAT SOM,
Pengurus Besar
Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam SYABAS
Sumber Berita Dari : SHIMA, PENOLONG PENGURUS PERHUBUNGAN MEDIA
Popularity: 11% [?]
| 2.5 |






One Response to “Water Distruption!!”
My area is not effected.
By
Danny (Who am I?) on Jun 10, 2008